Forever InaKio

◕ Sungai-sungai Syurga ◕
Wednesday 9 May 2012 ? 0 Atashinchi ?

Segala puji bagi Allah
yang telah menciptakan langit dan bumi…
selawat serta salam  semoga selalu tercurah
kepada Nabi Muhammad s.a.w…

Alhamdulillah ana masih diberi peluang lagi untuk melihat malam yang indah ini..harap kita dapat menggunakan masa serta peluang ini untuk melakukan ibadat serta berpeluang menempah tiket ke syurga yang kekal abadi kelak.. InsyaAllah..

Adakah para saudara dan saudari ana di luar sana pernah mengetahui atau mendengar cerita bagaimana sifat2 sungai-sungai di syurga??

Ana ada sedikit pembacaan tentang keindahan syurga, nyata keindahannya tiada tolak bandingnya…maka ana terlalu taksub untuk kongsi bersama. (^_^)

Pertanyaan ini dijelaskan dalam surah Muhammad, dengan firmannya :

“ Sifat2 syurga yg telah dijanjikan kpd orang-orang yg bertakwa (ialah seperti   berikut) : ada padanya bebrapa sungai dari air yg tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yg tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yg lazat bagi orang-orang yg meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yg suci bersih “ (Muhammad : 15)

Setiap orang muslim @ orang mukmin akan menikmatinya, kerana Allah s.w.t hanya menjanjikan syurga bagi orang-orang yang beriman.

Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah bahawa pelaku dosa besar dikhuatiri masuk neraka namun mereka tidak kekal didalamnya, kadang-kadang dia diseksa dan kadang dia mendapat rahmat Allah. Nah! kita lihat di sini bahawa Allah Aza wajalla begitu menyayangi hambanya…..Semoga kita termasuk diantara golongan yang mendapat rahmatnya..

Disini ana jelaskan dengan ringkas maksud  firman diatas bagi memudahkan pemahaman kita :

 Di dalamnya ada “sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa & baunya.

   Maksudnya disini adalah air syurga tidak berubah di manapun ia ditempatkan, ia adalah air tawar bersih dan menenagkan jiwa.


 Di dalam syurga itu juga terdapat “sungai-sungai dari susu yang tida berubah rasanya.”

   Maksudnya tiada rasa masamnya. Menurut sebahagian ulama tafsir, sungai itu tidak dimasuki oleh sesuatu yang boleh membusukkan, bau yang menjijikkan akan tetapi ia adalah air yang tawar, bersih dan menyegarkan sesiapa yg meminumnya.


 Di dalam syurga juga terdapat “sungai-sungai dari arak yg lazat” serta tidak   memabukkan dan merosakkan akal peminumnya seperti arak di dunia .

   Inilah bezanya arak dunia dan arak syurga. Sesiapa yg meminum arak dunia dan   dia tidak bertaubat maka Allah SWT telah berjanji untuk memberinya minum pada hari kiamat dari air lumpur beracun.

   Para shabat bertanya kpd Rasullulah SAW : “ Wahai Rasullulah apakah maksudnya air lumpur beracun itu?” Beliau menjawab : “ Sisa-sisa ahli neraka.”

  
Di dalam syurga itu terdapat “sungai-sungai dari madu murni.

   Maksudnya Madu murni yg tidak bercampur dengan sesuatu yg merosakkan rasanya.

p/s : Dikatakan bahawa maknanya adalah nanah ahli neraka dan juga nanah yg bercampur darah…. Gerun ana untuk bayangkan betapa azabnya si peminum arak. Nauzubillah min zalik!

Ini baru sungai di dunia....lagi indahnya sungai di syurga.




Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


// Forever Young-One Direction