Forever InaKio

Seronoknya Berkahwin ♥
Thursday 10 May 2012 ? 0 Atashinchi ?

Assalamualaikum…(^_^)

Entry ana kali ni sebenarnya ditujukan khas buat sahabat seperjuangan ana yg sama-sama mencari keredhaan Allah walaupun masih belum sempurna..Mengenai hasratnya untuk memasang niat murni mendirikan rumah tangga diawal usia J

Disamping itu ianya sebagai sebuah perkongsian untuk menambah pengetahuan atau mungkin mengubah persepsi golongan yang anti kepada sunnah Rasulullah SAW ini…

Ada teman tempat mencurahkan rasa kasih.

Dengan memiliki suami @ isteri bermakna kita sudah mempunyai teman paling dekat dengan diri kita. Kita boleh berkongsi setiap cerita dan masalah. Kita boleh melepaskan setiap keluh-kesah, perasaan dan mungkin juga beban yang terbuku di hati. Dulu semasa bujang, segala beban fikiran disimpan sendiri. Kini semuanya ada yg mendengar bahkan sedia pula membantu menyelesaikannya. Selain itu, kita mempunyai kesempatan untuk berdiskusi dalam nanyak hal selain kesempatan untuk saling bertukar hujah dengan orang yg kita sayangi. Bukan kah itu sesuatu yg menyeronokkan??

Ada yang melindungi dan membantu.

Dahulu semuanya serba sendiri. Sekarang segalanya sudah berubah. Kita memiliki pasangan jiwa yg mahu melindungi dan membantu setiap keperluan kita. Meringankan beban dan memberikan kita kesempatan untuk menjadi lebih baik. Tetapi keuntungan ini tidap dapat dimiliki oleh mereka yg masih bujang… * harap maklum J

Lebih selesa.

Selepas berkahwin hidup pastinya akan lebih selesa. Keselesaan sama ada secara fizikal @ emosional. Peribadi yang dahulu mungkin selalu berasa ‘kurang’, sekarang dirasakan semuanya sudah lengkap. Kehidupan menjadi berbeza. Tidak perlu lagi berangan-angan kerana semuanya sudah ternyata ada disisi kita.

Ana percaya Allah itu Maha penyayang….
sayang pada kita, manusia yg cuba untuk taat kepadaNya..
Ana juga percaya…
Allah SAW tidak akan membiarkan kita sendirian di muka bumi ini…
Akan ada hati yang sedia menemani kita…
Kala kesunyian..
Membahagiakan kita ketika kita sedih dan dukacita…
Ada yg sanggup menjadi bahu ketika kita kelelahan….
Ada jiwa yg sedia menjadi manusia sempurna dan menyempurnakan setiap 
kelemahan kita…  ¸.•







P/s : Ana percaya dan semoga anda juga mempercayainya….





Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


// Forever Young-One Direction