Forever InaKio

PELABURAN DUNIA & AKHIRAT
Tuesday 15 May 2012 ? 0 Atashinchi ?


بسم الله الر حمن الر حيم            

Apabila disebut soal pelaburan dunia semestinya sudah timbul di benak kita tentang harta2 kita yg banyak di atas muka bumi Allah ini, wang ringgit, tanah, rumah, kereta mewah dan lain-lain lagi. Setiap hari kita bertungkus lumus bekerja demi mencari harta duniawi yg pastinya akan di telan bumi suatu hari nanti hingga terkadang kita lalai bahawa kita mempunyai harta yang lebih bernilai iaitu anak, mereka adalah anugerah Allah SWT kepada setiap hamba Allah…

Mereka sebenarnya adalah pelaburan yg paling penting untuk kita di akhirat sana….Sebaiknya kita jangan lalai mengajar mereka supaya menjadi anak yang soleh dan solehah…

Bila anak dah pandai melihat, tunjukkan padanya akan kebesaran Allah SWT iaitu tentang kejadian langit, bumi, manusia, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

 Bila anak dah pandai membaca, isikan dimindanya dngan ayat suci Al-Quran dan sunnah Nabi serta ilmu agama yang sebenar-benarnya.



Bila anak dah pandai mengira, ajarlah anak dengan nombor talian Allah 2 4 4 3 4, iaitu kiraan rakaat solat 5 waktu sehari semalam yg wajib ditunaikan oleh orang islam.

Bila anak dah pandai mencari makan sendiri, didiklah dan selalu ingatkan padanya agar mencari rezeki & makan yg halal. Kerana hasil yg haram akan menjejaskan kehidupan sebagai orang islam.

Ingat! Bila kita sudah tiada nanti. Anak-anak soleh yg kita didik inilah yg memberi manfaat kepada kita di alam Barzakh dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak, selain amal jariah yg kita lakukan semasa hidup..

Semoga perkongsian ana ini dapat memberi manfaat kepada saudara seislam yg sama-sama berusaha menjadi anak yg soleh serta ibu bapa yg mencari pelaburan untuk akhirat kelak…



P/s : walaupun ana masih belum sempurna tingkahnya, tapi insyaAllah ana akan berusaha menjadi anak yang solehah sebagai pelaburan buat ibu bapa ana diakhirat sana nanti… J


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


// Forever Young-One Direction