Forever InaKio

Bagaimanakah adab berdoa?
Monday, 7 May 2012 ? 0 Atashinchi ?

Assalamualiakum dan alhamdulillah..
setelah sekian lama ana x mengupdate entry :)
hari ni ana nak kongsi sedikit ilmu bersama saudara seislam semoga bermanfaat..
InsyaAllah..

Kita sering merasakan yang kita sudah berdoa, tapi sebaliknya Allah s.w.t  belum mengabulkan setiap 
permintaan daripada kita. Oleh itu ada baiknya kita sebagai manusia yang lemah mengetahui adab berdoa dan menghindari daripada melakukan kesalahan-kesalahan dalam berdoa.



1.       Makanlah makanan dan memakai pakaian daripada sumber yang halal.

Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Seorang lelaki yang tidak terurus dan kotor kerana lama berjalan mengangkat kedua tangannya ke langit tinggi-tinggi dan berdoa : Ya Rabbi, ya Rabbi, sementara makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan daging yang tumbuh daripada sumber yang haram, maka bagaimana doanya boleh dikabulkan?”

2.       Memilih waktu dan keadaan yang utama.
·         Di tengah malam.
Rasululllah s.a.w bersabda :

Keadaan yang paling dekat antara Tuhan dan hambaNya adalah pada waktu tengah malam. Jika kamu mampu menjadi sebahagian makhlik yang berzikir kepada Allah, maka kerjakanlah pada waktu itu.”
(Hadis riwayat Tarmizi 3503)
·         Ketika sujud.
Rasullullah s.a. bersabda :

“ Dan adapun ketika sujud, maka bersungguh-bersungguhlah kalian berdoa, nescaya akan dikabulkan doa kalian.”

·         Ketika azan.
Rasullullah s.a. bersabda :

“ Ketika seorang muazzin mengumandangkan azan, maka pintu-pintu langit di buka dan doa diistijabah.”

·         Ketika bertemu musuh.
·         Ketika hujan turun.
·         Sebahagian waktu pada hari jumaat.
·         Doa seseorang buat saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya.
·         Ketika tidur dalam keadaan berzikir, kemudian ketika bangun malam berdoa.
3.       Berdoa menghadap kiblat dan mengangkat tangan.
4.       Berdoa dengan suara yang lirih, tidak kuat dan tidak terlalu perlahan.
5.       Tidak melampaui batas dalam berdoa. Contohnya adalah supaya dimimta menyegerakan azab atau doa dalam hal-hal yang berdosa, memutuskan silaturrahim dan lain-lain.
6.       Rendah diri dan khusyuk.
7.       Sedar ketika berdoa dan yakin doa akan dikabulkan.
8.       Merendah diri ketika berdoa, menganggap penting apa yang didoakan dan diulang sebanyak 3 kali.
9.       Memulakan doa dengan berzikir kepada Allah serta memujinya dan mengakhirkan doa dengan selawat ke atas Rasulullah s.a.w.
10.    Bertaubat dan mengembalikan hak orang yang dizalimi, menghadap Allah dengan tenang.

P/s : Mintalah kepada Allah pada hari di mana kamu berasa senang. Kerana boleh jadi Allah mengabulkan permintaanmu diwaktu susah.. ( ^_^)



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


// Forever Young-One Direction